27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 25, 2023

Lukaku akan kembali ke Chelsea ‘tanpa kerelaan’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ROMELU Lukaku akan kembali ke Chelsea selepas tempoh pinjamannya ke Inter Milan berakhir musim ini biarpun penyerang itu berhasrat kekal di Giuseppe Meazza.

Lukaku menyertai Chelsea dari Inter pada musim panas 2021 namun dipinjamkan kembali ke Nerazzurri awal musim ini.

Penyerang berusia 29 tahun itu mempamerkan persembahan kurang konsisten selepas hanya menjaringkan tujuh gol dalam 24 perlawanan dan terlepas banyak aksi kerana dibelenggu kecederaan.

Menurut akhbar Itali, Gazetta dello Sport, Lukaku akan kembali ke London ‘tanpa kerelaan’ kerana Inter tidak mampu membayar yuran perpindahannya yang tinggi.

Ini kerana kelab gergasi Itali itu sedang berdepan tekanan kewangan selepas mencatat kerugian RM3.8 bilion dalam tempoh 10 tahun serta merekodkan kerugian sebanyak RM727.9 juta setahun.

Melihatkan prestasi semasa Lukaku dan yuran pinjaman yang tinggi sekitar RM37.8 juta semusim membuatkan Inter memikirkan opsyen lain bagi mempertajamkan jentera serangan.

Dengan usia mencecah 30 tahun, menandatangani penyerang Belgium itu bukanlah satu pilihanan yang tepat terutama dengan harga yang tinggi.

Apatah lagi tahun-tahun kebelakangan ini Inter mengamalkan konsep membentuk pemain di kelab dan menjual mereka pada harga yang tinggi.

Kini, Inter yang dibimbing Simone Inzaghi mempertimbangkan calon lain yang lebih murah atau boleh ditandatangani secara percuma seperti Marcus Thuram, Roberto Firmino, Mateo Retegui atau Lois Openda. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan