32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Liga Super: Selangor rebah di kaki Sang Badak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HASRAT Selangor mengecilkan jurang perbezaan mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim tidak kesampaian apabila tumpas 1-2 kepada Sabah di Stadium Likas malam tadi.

Faisal Halim terlebih dahalu menguji ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat apabila melakukan percubaan deras dari luar kawasan penalti namun diselamatkan bekas penjaga gol kebangsaan itu pada minit kesembilan.

Selangor terus garang mengasak dan memperoleh peluang pada minit ke-22 tetapi percubaan lemah Mukhairi Ajmal terus ke dakapan Khairul Fahmi.

Dalam kelekaan mengasak, Sabah pula mengambil kesempatan apabila memperoleh sepakan penalti pada minit ke-23 selepas  Baddrol Bakhtiar dijatuhkan dalam kawasan penalti.

Pemain import Sang Badak, Saddil Ramdani tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan penalti ke kiri gawang Selangor ketika penjaga gol, Sam Somerville merebahkan badan ke arah bertentangan.

Advertisements

Khairul Fahmi terus menjadi watak utama Sabah apabila sekali lagi menepis percubaan Faisal pada minit ke-39.

Namun, usaha Selangor memecah kebuntuan berhasil pada minit ke-52 menerusi jaringan sendiri Khairul Fahmi susulan percubaan Faisal yang terkena palang sebelum bola melantun terkena badan penjaga gol itu dan masuk melepasi garisan gol. 

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee bagaimanapun enggan mengalah apabila kembali ke di depan pada minit ke-66.

Gol kemenangan itu terhasil menerusi sepakan percuma rendah menarik Baddrol yang melepasi jangkauan Somerville.

Tiga mata yang diraih Sabah melonjakkan pasukan itu ke tangga ketiga Liga Super dengan 20 mata, hanya dibezakan dua mata dengan Selangor yang berada di kedudukan kedua. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan