25.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

EPL: Spurs bangkit ikat United

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TOTTENHAM bangkit memadamkan pendahuluan 2 gol Manchester United di separuh masa kedua dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspurs , awal pagi tadi.

Marcus Rashford meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-7 dengan satu gerakan yang sangat licik.

Pada minit ke-44, Jadon Sancho menambah 1 lagi gol untuk meletakkan United mendahului 2-0 di separuh masa peryama perlawanan.

Ianya membuatkan penyokong Spurs gelisah setelah pasukan mereka baru sahaja dibelasah 6-1 oleh Newcastle United minggu lalu.

Advertisements

Gol Pedro Porro pada awal separuh masa kedua memberi mereka talian hayat kepada Spurs.

Spurs mencipta banyak peluang dan melancarkan serangan ke arah gawang United untuk meraih gol penyamaan.

Son Heung Min akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi satu penyudah sangat tenang.

United kini berada di tangga kelima dengan kutipan 60 mata dalam 31 perlawanan sementara Spurs di kedudukan keenam dengan 54 mata berkelebihan dua perlawanan berbanding Red Devils. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan