26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Johari dilantik Bendahari Agung BN

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agungnya.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelantikan itu dibuat mengikut fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN.

BN juga melantik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi sebagai wakil sayap-sayap itu dalam BN.

Advertisements

Pengganti wakil UMNO ke Dewan Tertinggi BN pula memilih dua Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, Datuk Freddy Sua pula dilantik wakil PBRS dalam Dewan Tertinggi BN.

Dewan Tertinggi BN bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei 2023 di WTC Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan