26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Laman web ‘Malaysia-SuluCase’ dedah fakta tepat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Digital melancarkan laman sesawang Malaysia-SuluCase  bagi memberikan maklumat sebenar berkaitan kes tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Azalina Othman Said, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Koumunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan bersama berkata, laman sesawang Malaysia-SuluCase  itu adalah satu langkah kerajaan untuk memberikan naratif sejarah dan kronologi kes perundangan di pelbagai bidang kuasa yang betul dan sahih.

Menurut mereka, terdapat kemusykilan pada fakta kes yang dikemukakan oleh pihak yang mendakwa diri mereka sebagai waris Sultan Sulu.

“Sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa penuntut-penuntut ini benar-benar waris kepada Sultan Sulu.

“Ini berbeza dengan kes kerajaan Malaysia, yang mana adanya laporan Suruhanjaya Cobbold 1963 di mana Sabah telah membuat pilihan untuk bersama-sama dengan Semenanjung dan Sarawak bagi membentuk Malaysia,” katanya hari ini.

Advertisements

Ujar kenyataan itu lagi, laman sesawang Malaysia-SuluCase akan dikemas kini selari dengan kes yang sedang berlangsung serta boleh diakses menerusi lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Tagalog.

“Kerajaan berharap rakyat Malaysia akan mengakses dan mengikuti kes ini dengan teliti melalui laman sesawang yang dibangunkan ini kerana sebarang keputusan yang memihak kepada penuntut akan mempunyai kesan besar dan mengganggu gugat kedaulatan dan keselamatan negara.

Dalam pada itu, tegas tiga menteri berkenaan, Kerajaan Malaysia akan terus memelihara kepentingan, kekebalan dan kedaulatan negara pada setiap masa dan mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan