24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Malaysia sedia bawa waris kesultanan Sulu ke mahkamah

Mahu waris kesultanan Sulu batalkan tuntutan terhadap bangunan Kedutaan Malaysia di Perancis

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia merancang untuk membawa waris kesultanan Sulu ke muka pengadilan bagi tujuan membatalkan tuntutan mereka terhadap bangunan Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis.

Sekreteriat Khas Sulu menerusi kenyataan berkata, kehadiran bailif kelmarin bukan satu rampasan bangunan sebaliknya bagi tujuan tinjauan bagi mendapatkan maklumat khusus mengenai hartanah tersebut.

 “Pada pagi 6 Mac lalu, individu yang memperkenalkan diri sebagai bailif telah memohon kepada Kedutaan Malaysia dan kediaman kakitangan di situ untuk tinjauan premis, atas alasan bagi mendapatkan perincian mengenai hartanah itu.

“Kakitangan diplomatik di premis-premis memaklumkan kepada bailif bahawa mereka tidak dibenarkan berbuat demikian. Bailif itu kemudiannya meninggalkan premis yang dinyatakan. Ini bukan cubaan merampas hartanah,” katanya hari ini.

Advertisements

Berdasarkan taklimat guaman yang diberikan kepada Kerajaan Malaysia, bailif tersebut telah diarahkan Kumpulan Sulu untuk mendapatkan maklumat lengkap bangunan milik Malaysia tersebut.

Mengulas lanjut, Sekreteriat Khas Sulu berkata, alasan diberikan bagi tinjauan itu adalah bagi memenuhi prosedur Gadai Janji Berkanun yang didaftarkan pada 3 November 2022 dengan Perintah Kebenaran sebelah pihak daripada Mahkamah Perancis.

Katanya, bailif tersebut mendakwa mereka menjalankan tugas berdasarkan kepada Keputusan Separa yang diputuskan mahkamah bertarikh 29 September 2021. Namun, keputusan itu dicabar Kerajaan Malaysia dalam pelbagai prosiding di Perancis.

“Malaysia kekal dengan pendirian bahawa setiap misi diplomatik tidak boleh dicabul dan kebal daripada sebarang carian, pengambilan atau penahanan di bawah Konvensyen Vienna berkenaan Hubungan Diplomatik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan