27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tahanan lari di Johor diberkas kurang 24jam

Kedua-dua tahanan warga Indonesia itu ditemui semula dalam keadaan lemah, kelaparan dan cedera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya memberkas semula dua tahanan warga Indonesia yang nekad melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Penjara Ledang di Tangkak, Johor, dalam tempoh kurang 24 jam.

Difahamkan, kedua-duanya ditemui semula dalam keadaan lemah, kelaparan selain mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, suspek Haji Samirudin, 36 dan Riki Rinaldi, 40 ditahan polis di dua lokasi berasingan dan kedua-dua suspek itu juga menukar baju lokap yang dipakai dengan kemeja T dan seluar yang dipercayai dicuri.

“Kedua-dua suspek ditemui dalam keadaan lemah kerana kelaparan dan berjalan jauh malah mereka cedera selepas bertindak terjun dari van untuk melarikan diri.

“Seorang suspek iaitu Riki Ranaldi ditahan di dalam sebuah kebun sayur di Sengkang, Jalan Felda Inas pada pukul 10.35 malam tadi hasil maklumat orang awam.

“Seorang lagi suspek, Haji Samirudin pula ditahan di sebuah ladang kelapa sawit, Taman Saga pada pukul 10.30 pagi ini.

“Bagaimanapun jarak antara kedua-dua lokasi kedua suspek ditemui tidak jauh iaitu dalam anggaran 1.5 kilometer (km),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor, hari ini.

Advertisements

Dalam kejadian jam 11.20 pagi semalam itu, seramai tiga anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ditugaskan membawa empat tahanan warga Indonesia dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang setelah selesai menjalani prosiding pertuduhan.

Kedua-dua tahanan berkenaan bersama dua lagi tahanan warga Indonesia yang lain, sepatutnya menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Ledang selepas didakwa di Mahkamah Kota Tinggi pukul 8 pagi semalam bagi pertuduhan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan dua tahanan itu berjaya membuka gari berantai dan membuka pintu belakang van sebelum kemudiannya bertindak melarikan diri ke dalam kebun kelapa sawit terbiar berhampiran Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang, Kulai.

Susulan itu polis menjalankan Op Tutup di sekitar lokasi kejadian bagi mengesan kedua-dua suspek, sejak semalam sebelum kedua-duanya berjaya ditahan semula.

Dalam pada itu, Beng Yeow berkata, Mahkamah Majistret Kulai membenarkan reman selama empat hari bermula hari ini terhadap Riki Rinaldi, yang ditahan malam tadi.

“Manakala reman bagi Haji Samirudin yang berjaya ditahan semula pagi tadi akan dimohon esok,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan