Wednesday, July 22, 2026

Pengampunan Najib: Biar Agong buat keputusan – Azalina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyerahkan sepenuhnya isu permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pertimbangan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pihaknya juga tidak akan terlibat dalam urusan berkenaan.

“Tiada lagi aspek perundangan… dia punya prosedur perundangan sudah tidak ada, sekarang adalah budi bicara Agong, jadi kita pun tak boleh paksa-paksa… biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji… kita orang (UMNO) dah tak terlibat,” katanya selepas majlis pelancaran laman web Malaysia-Sulucase di Putrajaya, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.

Haniff sebelum ini dilaporkan berkata, mengikut Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, petisyen pengampunan itu hanya boleh dilakukan oleh Najib sendiri, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh Najib dan Jabatan Penjara.

Sebelum ini, media melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat Jumaat lepas, sebulat suara bersetuju memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ihsan untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu pada September tahun lepas telah memfailkan permohonan pengampunan diraja.

Najib kini menjalani hukuman 12 tahun penjara setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara itu serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 31 Mac 2023, Najib gagal dalam permohonannya untuk menyemak sabitan dan hukuman itu.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan