26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

Kerajaan tidak kompromi aspek kedaulatan, keselamatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan serta tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada.

“Hari ini, saya, bersama dengan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dari Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan wakil Sekretariat Khas iaitu Datuk Dr Sundra Rajoo dan Datuk Feroz Hussein Ahmad Jamaluddin, telah mengadakan Sesi Taklimat Mengenai Isu Tuntutan Pihak Mendakwa
Waris Kesultanan Sulu bersama Kerajaan Negeri Sabah dan ahli komuniti Sabah di Magellan
Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah.

“Taklimat ini sama sebagaimana yang telah diadakan semalam bersama-sama dengan
Ahli-ahli Parlimen dari Blok Kerajaan dan Blok Pembangkang untuk menerangkan mengenai
latar belakang melibatkan isu tuntutan ini dan perkembangan berkaitan tindakan undang-undang di empat bidang kuasa iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda.

Advertisements

“Selain itu, taklimat ini juga bertujuan mendapatkan pandangan daripada warga Sabah yang terkesan secara langsung,” katanya.

Ujar beliau, kerajaan komited terhadap hal ehwal warga Sabah dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keamanan, kemakmuran, dan keselamatan Sabah sentiasa dijamin. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan