28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

Banjir di Johor bertambah buruk, 9,162 mangsa terjejas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SITUASI banjir di negeri Johor kian buruk apabila jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 9,162 orang sehingga pukul 8.30 malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor memaklumkan, sebanyak 90 PPS dibuka di sembilan buah daerah di negeri ini bagi menempatkan kesemua mangsa terlibat.

Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan seramai 2,560 mangsa dipindahkan ke 30 PPS diikuti Johor Bahru yang merekodkan pemindahan 1,888 mangsa ke 11 PPS di daerah tersebut.

Advertisements

Ini disusuli dengan Kota Tinggi dengan 1,654 mangsa, Kluang (1,418), Muar (963), Kulai (713), Pontian (56), Mersing (44) dan Tangkak (22).

Banjir melanda di beberapa buah daerah di Johor susulan hujan lebat berterusan sejak semalam sekali gus mengakibatkan peningkat paras air berlaku di kawasan terlibat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan