Wednesday, July 22, 2026

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 13 hingga 19 April

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 13 hingga 19 April.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter.

“Sementara harga diesel dengan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,”menurut kenyataan itu.

Kementerian berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan