27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Konvensyen Wanita Perpaduan diadakan 14 Mei ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan akan menganjurkan Konvensyen Wanita Perpaduan pada 14 Mei depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, konvensyen bertemakan ‘Malaysia Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia’ itu bertujuan memperkukuh agenda Kerajaan Perpaduan di bawah teraju Malaysia Madani.

Ujar beliau, fokus utama adalah agenda ekonomi, pembinaan negara bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia Madani.

“Konvensyen berkenaan akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu diadakan bersempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, satu Mesyuarat Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan diadakan kali pertama di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan diadakan sebagai medium memperkukuh koloborasi dan membina rangkaian kerja wanita merentas parti.

Turut hadir Ketua-Ketua Wanita Parti Komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) antaranya Aiman Athirah Al Jundi dari Parti Amanah Negara (Amanah); Fadhlina Sidek (PKR); Datuk Mohana Muniandy (MIC) dan Teo Nie Ching (DAP).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan