28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KPM keluar larangan bawa vape ke sekolah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan larangan penggunaan rokok elektronik atau vape menerusi Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan sentiasa memberi peringatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah berkaitan surat siaran berkenaan,

Selain itu ujar kenyataan itu lagi, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah.

“KPM mengambil maklum dan prihatin terhadap beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KPM turut memaklumkan bersama-sama JPN, PPD dan sekolah dengan kerjasama agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program Lima (5) Minit Antirokok/Vape yang dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok/vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.

Menurut KPM, aktiviti itu bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran murid, membentuk jati diri dan mempunyai daya tahan yang tinggi.

Advertisements

“KPM turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2 dalam melaksanakan program IMFree kepada murid sekolah rendah tahun satu hingga tahun enam di 636 buah sekolah rintis serta diperluaskan pada tahun 2023 dan seterusnya.

“Program IMFree merupakan program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah.

Menurut KPM, program itu bertujuan agar murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.

“Objektif program ini ialah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya merokok, memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok dan melatih murid menjadi agen/pencetus/penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.

Dalam pada itu, KPM menegaskan akan sentiasa komited dalam melaksanakan program pendidikan pencegahan berkaitan isu disiplin sebagai satu usaha berterusan memberi kesedaran, kemahiran, pengetahuan serta bimbingan kepada murid.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan