26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Jaga air muka pemimpin UMNO, kata Fadhli pada Anwar

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KETUA Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjaga air muka pemimpin UMNO dan mengenang jasa serta sumbangan parti itu dalam bekerjasama membentuk kerajaan hari ini.

Peringatan dengan nada sindiran itu dibuat Ahli Parlimen Pasir Mas bagi merujuk kenyataan Anwar mengenai pelantikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri untuk menilai semula pelantikan seorang pemimpin UMNO sebagai Pengerusi KEDA adalah satu perkara yang kurang wajar kerana telah diumumkan secara terbuka.

“Pengumuman Perdana Menteri untuk menilai semula pelantikan seorang pemimpin UMNO sebagai Pengerusi KEDA adalah satu perkara yang kurang wajar. 

“Perlantikan itu sudah diumumkan secara terbuka, PM perlu jaga maruah dan air muka pemimpin terbabit. UMNO sudah memberikan kerjasama yang cukup baik dalam menubuhkan kerajaan perpaduan. 

“Kena ingat jasa dan sumbangan UMNO. Jangan dilayan seperti melukut di tepi gantang. Semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya melalui kiriman Facebook pada Selasa.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Raheem sebagai Pengerusi KEDA akan dinilai semula.

Pada 5 April lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Abdul Azeez sebagai Pengerusi KEDA.

Pengumuman itu mendapat kritikan pelbagai pihak berikutan terdapat beberapa pemimpin UMNO turut dilantik ke dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan