Wednesday, July 22, 2026

Elaun ‘on call’ pegawai kesihatan di KK, jabatan kecemasan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju bahawa elaun bertugas on call pegawai perubatan di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital selain waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari pelepasan mingguan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, elaun tambahan diberikan sekarang ini tidak termasuk bagi yang bertugas di klinik kesihatan atau jabatan kecemasan.

“Maka oleh itu, saya ingin umumkan kerajaan bersetuju bahawa elaun bertugas selepas waktu pejabat, yang on-call di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital.

“Waktu peluasan juga dipanjangkan merangkumi hari pelepasan mingguan kepada enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi mengurangkan kesesakan hospital kerajaan,” katanya.

Tambahnya, beliau juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji kemudahan elaun on call untuk dipanjangkan kepada semua selain pegawai perubatan.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Madius Tangau (PH- Tuaran) yang bertanya mengenai elaun tersebut. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan