Friday, July 24, 2026

SKMM nafi e-mel bantu pindah hadiah wang tunai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah menghantar sebarang e-mel kepada orang awam berhubung tawaran bantuan untuk memindahkan hadiah kemenangan.

Menerusi kenyataan SKMM berkata, Pengerusinya tidak pernah menghulurkan bantuan memindahkan hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM270,000 daripada syarikat Telekom Malaysia kepada akaun bank individu penerima e-mel tersebut.

Sehubungan itu katanya, orang awam diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel yang tidak ditentukan kesahihannya.

“Elakkan daripada memberikan butiran peribadi seperti maklumat perbankan internet dan maklumat kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, SKMM meminta orang awam segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sekiranya telah membuat transaksi susulan e-mail yang diterima.

“Orang ramai digesa segera menghubungi NSRC di talian 997 sekiranya mereka telah membuat transaksi perbankan kepada mana-mana akaun yang dikatakan untuk tujuan yuran pemprosesan sebelum hadiah kemenangan tersebut boleh dituntut,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan