27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

43,019 pelajar sekolah menengah ketagih merokok

KKM akan terus memperkasa dan memperluaskan program GEGAR-18 yang bertujuan memberi pengetahuan perundangan dan pendidikan berterusan untuk mewujudkan persekitaran bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SARINGAN yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, dalam tempoh yang sama, hasil saringan yang dijalankan terhadap 2 juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan perbuatan itu.

“Murid yang dikenal pasti merokok diberikan intervensi berkenaan rokok, manakala murid yang tidak merokok diberikan pendidikan kesihatan berterusan bagi memastikan mereka kekal tidak merokok,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator N. Balasubramaniam yang ingin tahu perkembangan terkini pihak Kementerian Kesihatan dalam Generasi Penamat-Anti-Rokok (GEGAR-18) dan sejauh manakah kempen ini berhasil.

Lukanisman berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memperkasa dan memperluaskan program GEGAR-18 yang bertujuan memberi pengetahuan perundangan dan pendidikan berterusan untuk mewujudkan persekitaran bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

Advertisements

Kempen ini juga dijalankan bagi memastikan kumpulan GEGAR-18 ini kekal bebas rokok sepanjang hayat mereka.

“Kempen GEGAR-18 juga telah dijalankan di sembilan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan dan Kementerian Pendidikan tinggi.

“Selaras dengan kempen GEGAR-18 ini juga, sebanyak 19 kampus universiti telah melaksanakan program MQUIT Universiti dan buat saringan serta intervensi untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan pelajar pengajian tinggi,” katanya.

Katanya, KKM juga akan terus memperluaskan kempen GEGAR-18 bagi golongan belia yang tidak memasuki mana-mana IPT melalui kerjasama Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan lain yang berkaitan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan