28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Diana Danielle dapat lanjutan hak penjagaan anak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan lanjutan hak penjagaan sementara kepada Diana Danielle, 32, ke atas dua anaknya.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Diana berkata, hak penjagaan sementara diberikan kepada Diana dilanjutkan sehingga 30 Mei depan.

“Kedua-dua peguam sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan mereka. Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.

“Jadi, kami ada proses sulh pada 11 April depan, tetapi sebelum itu, insya-Allah kami akan berbincang. Kami akan rekod jika ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.

“Kalau ada persetujuan lebih awal, kami akan memohon kepada mahkamah supaya boleh merekod dan membubarkan perkahwinan dengan segera,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Akberdin turut menjelaskan akan berbincang terlebih dahulu mengenai permintaan Muhammad untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman Farid di Kedah.

“Kami sedang berbincang dengan peguam Farid dan akan mempertimbangkan semua ini. Kami akan membuat persetujuan setakat mana yang boleh seperti hak lawatan dan membawa ke Kedah, kemudiannya akan membuat perjanjian untuk perkara berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Diana ketika ditemukan selepas sebutan kes enggan mengulas secara terperinci.

“Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu keadilan untuk anak-anak. Selanjutnya, boleh tanya peguam saya.

“Alhamdulillah, sebutan hari ini berjalan dengan baik. Saya tidaklah mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik.

Advertisements

“Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian,” katanya.

Terdahulu, Diana dan Farid tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, bagi sebutan kali pertama kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan