25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Buatlah rumah terbuka di seluruh Parlimen, DUN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan secara sinis mencadangkan kepada Kerajaan Perpaduan supaya Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani diadakan di setiap kawasan Parlimen.

Malah, Saiful turut mencadangkan supaya program itu diadakan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) tidak pernah menipu, sudah pasti seluruh dunia percaya bahawa dia buat enam rumah terbuka bukan disebabkan PRN.

“Kami rakyat Malaysia sudah pasti percaya bulat-bulat bahawa Anwar bersungguh-sungguh mahu dekatkan diri dengan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga berterusan mempersoalkan keputusan kerajaan mengadakan rumah terbuka di enam negeri sahaja.

“Datuk Seri Anwar, sebab apa buat enam saja? Buatlah rumah terbuka di seluruh Parlimen seluruh negara. Kalau buat di semua DUN lagi baik!.

“Baik di negeri ada pilihan raya, baik di negeri tak ada pilihan raya, buat di semua tempat supaya Datuk Seri sentiasa dekat di hati rakyat.

“Rakyat pasti percaya ini bukan keputusan yang dipengaruhi oleh lokasi PRN yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Pada 21 April lalu, Anwar menafikan dakwaan bahawa pemilihan tiga negeri pembangkang untuk penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani tahun ini ada kaitan dengan PRN akan datang.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani akan bermula di Alor Setar pada 29 April diikuti Bukit Mertajam (6 Mei), Seremban (7 Mei), Kota Bharu (12 Mei), Kuala Terengganu (13 Mei) dan Batu Caves (14 Mei). – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan