24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Waspada semua rakyat Johor – Onn Hafiz

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengingatkan semua rakyat negeri itu supaya berwaspada susulan amaran hujan berterusan sehingga Sabtu ini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi.

Beliau berkata, ketika berdepan dengan keadaan hujan yang berterusan ketika ini semua rakyat di negeri itu perlu bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan menghadapi banjir.

“Beberapa kawasan seperti Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Kluang dan Segamat dalam kategori buruk.

Advertisements

“Pontian, Batu Pahat, Muar dan Tangkak pula dalam kategori waspada. Saya menyeru dan mengingatkan semua Bangsa Johor untuk terus mendengar arahan pihak berkuasa dan sentiasa bersiapsiaga menghadapi banjir ini,” katanya di Facebook hari ini.

Keadaan banjir di Johor semakin teruk apabila 26,633 mangsa melibatkan 7,311 keluarga terpaksa dipindahkan ke 193 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah yang terjejas.

Semalam, seorang lelaki menjadi korban pertama banjir di Johor apabila keretanya dinaiki air dan dihanyutkan arus deras di Paloh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan