29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tunggu pemilik kelab sampai bila pun guna rumput lembu

Pemilik kelab di Malaysia lebih cenderung berbelanja mewah mendapatkan pemain berbanding menyediakan padang dengan rumput berkualiti.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melemparkan kata-kata sinis kepada pemilik kelab bola sepak di negara ini khususnya yang gagal menaik taraf padang di stadium masing-masing.

Menerusi komen di Instagram, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, pemilik kelab di Malaysia lebih cenderung berbelanja mewah dalam mendapatkan pemain berbanding menyediakan padang dengan rumput berkualiti.

Tegas TMJ, kos penyediaan rumput padang yang baik adalah jauh lebih rendah berbanding berbelanja puluhan juta ringgit untuk merekrut pemain baharu dan sebagainya.

“Tanya Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) cadangan dan idea siapa? Kalau mahu tunggu pemilik atau presiden kelab, sampai bila-bila rumput lembu. Boleh belanja berpuluh juta setiap tahun tetapi padang RM900,000 tidak boleh buat.

Advertisements

“Baru-baru ini saya ada beri cadangan kepada seorang pemilik kelab. Saya cakap buat masa menunggu stadium baru siap, tukar padang stadium yang pakai sekarang. Setidaknya apabila stadium baru siap anda mempunyai dua padang berkualiti.

“Dia jawab FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) kena bantu. Sejak bila badan induk yang bertanggungjawab atas infrastruktur kelab kita? Tetapi inilah akibatnya apabila ada pemilik atau presiden yang tidak minat bola tetapi mengguna bola sepak demi agenda lain,” katanya.

Saingan Liga Malaysia yang bermula 24 Februari lalu memperlihatkan kualiti padang yang menyedihkan dan ada diibaratkan bagai bendang terutama sewaktu beraksi ketika hujan.

Difahamkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil juga sedang dinaik taraf dengan penukaran rumput jenis Zeon Zoysia yang dijangka siap pada Oktober depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan