26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Tokoh sertai MARA capai sasaran sifar ketirisan, korupsi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENYERTAAN beberapa tokoh perbankan, korporat dan akademi ke dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memastikan agensi itu mencapai sasaran sifar ketirisan, pembaziran dan korupsi.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut seiring dengan matlamat MARA dalam memacu agensi ummah.

Beliau berkata, aspek tadbir urus, ketelusan dan amalan terbaik integriti adalah perkara penting yang perlu dipasakkan terlebih dahulu dalam setiap organisasi.

“Ramai yang komen kenapa saya bawa masuk tokoh-tokoh bank, korporat dan pendidikan temasuk bekas Gabenor Bank Negara (BNM) sebagai Ahli Majlis MARA (setanding Lembaga Pengarah).

“Prinsip saya sebelum memulakan apa sahaja agenda besar pembangunan ekonomi, keusahawan dan pendidikan Bumiputera.

“Saya kena pastikan aspek tadbir urus, ketelusan dan amalan terbaik integriti dalam organisasi mesti dipasakkan terlebih dahulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mengulas pelantikan bekas Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim dan bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali sebagai Ahli Majlis MARA.

Baca juga:   Asyraf Wajdi jadi sasaran video fitnah lama diulang siar

Pelantikan mendapat pengesahan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Asyraf Wajdi berkata, pelantikan itu untuk tempoh dua tahun selaras dengan peruntukan Seksyen 2(c) dan Seksyen 6 Akta MARA 1966. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan