28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rashford nafi minta gaji RM2.7 juta seminggu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG prolifik Manchester United, Marcus Rashford menafikan laporan kononnya dia meminta gaji sekitar RM2.7 juta seminggu untuk kekal di Old Trafford.

Rashford kini menghampiri tahun terakhir kontraknya berkata, dia dan kelab saling menghormati berhubung masa depannya di United.

“(Laporan) ini sememangnya tidak masuk akal. Kelab (United) dan saya saling menghormati, itu sepatutnya berlaku.

“Fokus saya hanyalah untuk menamatkan musim di kedudukan terbaik dalam kejuaraan liga dan memenangi banyak trofi,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Rashford berada di prestasi terbaik ketika ini selepas meledak 30 gol dalam 49 perlawanan dalam semua kejohanan termasuk di Piala Dunia FIFA Qatar lalu.

Dengan baki kontrak yang tinggal setahun, terdapat laporan kononnya Rashford akan meminta gaji yang tinggi untuk kekal di Old Trafford.

Beberapa kelab besar seperti PSG dan Barcelona sedia menyambar sekiranya rundingan kontrak baharu menemui jalan buntu.

Perbincangan kontrak baharu penyerang berusia 26 tahun itu dijangka akan dibandingkan dengan gaji tertinggi yang diterima pemain kelab lain.

Ini termasuk gaji RM2.7 juta seminggu Erling Haaland di Manchester City dan Bukayo Saka (RM1.6 juta seminggu).

Pengurus United, Erik ten Hag pastinya tidak mahu kehilangan Rashford yang kini berada di kemuncak kariernya dan proses pertukaran pemilik baharu kelab dijangka akan melambatkan kontrak baharu pemain itu. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan