Friday, July 24, 2026

PN ada 6 calon ‘poster boy’ di Selangor, N.Sembilan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) mengenal pasti calon Menteri Besar (MB) yang akan dijadikan sebagai poster boy di dua negeri bagi menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dua negeri yang dirujuk adalah Selangor dan Negeri Sembilan yang menjadi sasaran gabungan itu untuk dirampas daripada Pakatan Harapan (PH).

“PN dah ada calon menteri besar di Selangor dan Negeri Sembilan iaitu calon poster boy kita. Kita akan ketengahkan calon menteri besar kita.

“Kita dah siap sedia berjuang dan pertahankan negeri (pimpinan) kita serta akan ambil negeri Pakatan Harapan (PH),” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ditadbir PH manakala Kedah, Kelantan serta Terengganu dikuasai PN. – EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan