25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hafidz Roshdi dituduh Isnin ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON Hafidz Roshdi yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, baru-baru ini akan dituduh di mahkamah pada Isnin depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah lengkap dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Selasa lalu.

“Polis telah menerima maklum balas dan arahan TPR untuk menuduh lelaki terbabit di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada Isnin (13 Mac),” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Advertisements

Terdahulu media melaporkan pelakon berkenaan ditahan polis selepas isterinya membuat laporan di Balai Polis Jinjang, mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata.

Pelakon terbabit ditahan kira-kira jam 12 tengah hari 5 Mac lalu ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pelakon itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama. 

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan