24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mesut Ozil umum gantung but pada usia 34 tahun

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BINTANG German, Mesut Ozil pada Rabu mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak profesional pada usia 34 tahun.

Pengumuman persaraan itu dibuat pemain itu di halaman Instagramnya setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan terutama rekod kecederaan yang dialaminya setelah 17 tahun beraksi di atas padang.

“Setelah mengambil kira beberapa pertimbangan, saya umum persaraan sebagai pemain bola sepak profesional pada usia 34 tahun.

“Saya bersyukur di atas peluang menjadi pemain bola sepak profesional selama 17 tahun.

“Namun, sejaka beberapa minggu ini kecederaan yang saya alami memberi petunjuk kerjaya saya sudah sampai ke penghujungnya,” ujar pemenang Piala Dunia 2010 itu.

Advertisements

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua kelab yang pernah diwakilinya serta sokongan daripada ahli keluarga dan peminat sepanjang menjadi pemain bola sepak.

Ozil dikenali sebagai pemain yang lengkap dengan kreativiti dan hantaran memulakan kerjayanya di Liga Bundesliga bersama kelab Schalke 04 dan Werder Bremen.

Bakat pemain tengah itu terus mendapat perhatian dengan mencipta nama bersama Real Madrid dan pasukan kebangsaan German dengan memenangi  kejohanan Piala Dunia 2010 di Brazil.

Profil Ozil terus meledak dengan menyertai pasukan Arsenal dengan yuran perpindahan termahal sejarah kelab The Gunners bernilai 42.5 juta pound pada 2013 dengan memenangi empat kali kejohanan piala FA bersama kelab dari London Utara itu.

Tahun 2021 menjadi tempoh penghujung karier Ozil berpindah ke Turki untuk menyertai pasukan Fenerbahce sebelum berpindah ke pasukan Basaksehir pada 2022. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan