Monday, July 27, 2026

Muhyiddin nafi ditahan di padang golf

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan laporan berita konon beliau telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) di sebuah padang golf hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebaliknya berkata, beliau hari ini sibuk menghadiri beberapa mesyuarat berkaitan parti Bersatu dan tidak berkesempatan untuk bermain golf.

Beliau bagaimanapun mengesahkan telah diminta ke Ibu Pejabat SPRM esok.

“Saya ingin menjelaskan berita saya ditahan di padang golf hari ini yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.

“Hari ini saya hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

“Bagaimanapun esok Khamis saya diminta ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11 pagi,” katanya dalam Facebook hari ini.

Sebelum ini beberapa portal melaporkan SPRM akan menahan seorang ahli politik kanan dan mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Sehingga kini, berita tersebut hanyalah spekulasi kerana belum mendapat sebarang pengesahan daripada SPRM.

-EDISI9

Terkini

NREA 2026 terima 117 penyertaan, melibatkan 23 kategori

ANUGERAH Hartanah Nasional (NREA) Ke-18 anjuran Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) mengiktiraf 83 penerima, sekali gus meraikan kecemerlangan pengamal...

Lagi Artikel Berkaitan