31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Inflasi negara mereda kepada 3.7 peratus – Rafizi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KADAR inflasi di negara ini mencatatkan tren penurunan termasuk ketika perayaan Tahun Baharu Cina bulan lalu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, kenaikan inflasi bagi Januari 2023 adalah 0.2 peratus, berkadaran sama dengan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Katanya, pertumbuhan bulan ke bulan pada tahun 2023 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021 (0.3 peratus) dan 2022 (0.24 peratus) sekali gus membuktikan Malaysia berjaya meredakan kadar kenaikan harga di samping kekangan rantaian bekalan global dan lonjakan permintaan bermusim.

“Program Penyeragaman Harga (PPH) akan diteruskan bagi menyeragamkan harga tujuh barangan asas yang terlibat seperti beras putih, gula, minyak masak satu kilogram, tepung gandum, gas LPG, petrol RON95 dan diesel.

“Ini bagi memastikan bekalan barangan tersebut sampai kepada penduduk di kawasan luar bandar/pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pelaksanaan program ini membolehkan rakyat membeli barangan keperluan pada harga yang seragam.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, bagi menstabilkan harga makanan pada paras yang mampu beli, kerajaan menggunakan strategi pelbagai yang mempengaruhi seluruh rantaian makanan, daripada bahan mentah sehinggalah ke makanan di luar rumah.

“Inisiatif seperti menu Rahmah dan Inisiatif Pendapat Rakyat yang membekalkan makanan siap pada harga RM2 bukan sahaja memberi pilihan yang murah kepada pengguna, malah mendorong persaingan yang lebih segar di pasaran.

“Hasil inisiatif ini sudah mula kelihatan. Sebagai contoh, inflasi indeks harga pengguna (IHP) bagi komponen Makanan di Luar Rumah telah mereda buat pertama kali sejak Ogos 2021, daripada 9.6 peratus pada Disember 2022 ke 9.3 peratus pada Januari 2023,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan