26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Muhyiddin harap cadangannya di Dewan Rakyat diluluskan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap cadangannya di Dewan Rakyat pagi tadi dapat diberi perhatian dan diluluskan dengan segera.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kerajaan perlu meluluskan segera peruntukan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen yang kawasan mereka dilanda banjir termasuk Ahli Parlimen pembangkang.

Menurutnya, peruntukan itu akan dapat digunakan oleh Ahli-ahli Parlimen terlibat untuk menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir.

“Selain itu saya turut mencadangkan agar Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada kerajaan negeri Johor bagi membantu mangsa banjir dan membiayai program pemulihan pasca banjir.

“Saya berharap cadangan ini dapat diberi perhatian dan diluluskan dengan segera,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Muhyiddin mengulangi cadangannya itu yang diketengahkan semasa berucap membahaskan Belanjawan 2023 pagi tadi.

Menurut beliau, selepas berucap di Dewan Rakyat itu, beliau bergegas turun ke Parlimen Pagoh bagi meninjau keadaan banjir yang sedang melanda beberapa kawasan di situ.

Advertisements

“Seperti yang kita sedia maklum musibah banjir di negeri Johor kali ini amat teruk dengan 50,000 mangsa banjir sudah dipindahkan dan ditempatkan dilebih 1,146 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kawasan Parlimen saya juga tidak terkecuali dengan 23 PPS dibuka bagi menempatkan kira-kira 4,025 mangsa daripada 1,204 keluarga dari 24 buah kampung,” katanya.

Malah menurutnya, beliau sempat meninjau keadaan banjir di Pagoh selain menziarahi mangsa-mangsa banjir di PPS.

“Alhamdulillah segala keperluan asas mangsa banjir Parlimen Pagoh seperti khemah, tilam, selimut, makan minum dan kemudahan rawatan kesihatan disediakan dengan baik.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi bantuan dan penyelamat serta pasukan keselamatan termasuk Skuad Prihatin PN yang pantas membantu mangsa apabila banjir mula melanda kawasan Parlimen ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah dengan bencana banjir agar senantiasa berjaga-jaga dan mendengar nasihat serta arahan daripada pihak berkuasa jika diarahkan berpindah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan