26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

30 pasar raya besar sertai inisiatif Payung Rahmah

Mesti Baca

KIRA-KIRA 30 pasar raya besar di negara ini telah menyertai inisiatif Payung Rahmah sejak dilancarkan pada Januari lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menerusi inisiatif Payung Rahmah, golongan B40 dapat berjimat sehingga RM24 apabila membeli 12 jenis barangan asas di pasar raya yang menyertai inisiatif itu.

“Penyertaan menggalakkan ini akan membantu kerajaan dalam menangani masalah beban kos sara hidup golongan B40 dan miskin tegar,” katanya kepada media selepas melancarkan program Rahmah Raya AEON Co (M) Bhd. di Putrajaya hari ini.

Inisiatif Payung Rahmah yang dilaksanakan bagi mendepani kos sara hidup turut merangkumi Menu Rahmah, Program Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.

Mengenai inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan sejak bulan lepas, Salahuddin melahirkan penghargaan kepada pengusaha gerai dan restoran yang mengekalkan kualiti hidangan makanan walaupun dijual pada harga RM5 dan ke bawah.

“Saya tidak pernah terima laporan berkaitan isu kualiti makanan Menu Rahmah. Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada semua pengusaha (gerai dan restoran) kerana mereka tidak kompromi soal kualiti,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan