28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

Messi jaring gol ke 100 buat Argentina

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LIONEL Messi mencipta rekod peribadi baharu dengan menjaringkan gol ke-100 untuk Argentina.

Angka itu diraih ketika bintang PSG itu meledak Hatrik buat Argentina dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan juara dunia itu membelasah Curacao 7-0 di Santiago del Estero, awal pagi Rabu.

Dalam perlawanan sebelum ini, Messi turut mencetak gol ketika menentang Panama sekaligus mencapai angka 800 gol dalam kariernya di peringkat kelab dan antarabangsa.

Gol antarabangsa senior pertama Messi itu hadir ketika menentang Croatia dalam kekalahan persahabatan 3-2 pada Mac 2006.

Advertisements

Status Messi selaku pemain terbaik sepanjang zaman dilengkapi dengan kejayaan  membimbing Argentina menjulang Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

Selain itu, Messi turut melengkapkan koleksi trofi kabinetnya di peringkat antarabangsa  dengan menjulang Copa America pada 2021.

Untuk rekod, bekas pemain Barcelona itu merupakan pemenang terbanyak anugerah Ballon d’Or sebanyak tujuh kali. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan