32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Pelajar merungut isu baju sekolah, perhimpunan dikecam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TULAR di media sosial, rungutan seorang pelajar perempuan yang tidak berpuas hati dengan larangan pemakaian baju Pendidikan Jasmani (PJ) semasa di bulan Ramadan.

Malah, pelajar tersebut juga meluahkan perasaan tidak puas hatinya apabila terpaksa menghadiri perhimpunan yang disifatkannya terlalu lama.

Bagaimanapun, video berdurasi seminit lima saat yang tular sejak semalam itu mendapat kecaman dari warganet terutamanya dalam kalangan guru serta ibu bapa.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan rungutan pelajar berkenaan yang seolah-olah sudah tidak tahu menjaga adab sebagai seorang pelajar, apatah lagi adab dengan guru.

Dalam video tersebut, pelajar yang tidak diketahui dari sekolah mana, mendakwa masih belum lagi mendengar pemakaian baju PJ akan membatalkan puasa di sekolah.

“Pada cikgu-cikgu di luar sana… salahkah pelajar memakai baju PJ di bulan puasa, salahkah…?

“Tak pernah lagi aku dengar ustaz-ustaz di media sosial, ustaz-ustaz kat sekolah cakap memakai baju PJ adalah membatalkan puasa,” luahnya pelajar tular itu.

Malah, pelajar itu turut membanding-bandingkan situasi pakaian guru yang hadir ke sekolah dan juga pelajar.

“Kita orang ni tak dan (tak sempat) basuh. Kau (Cikgu) tak apa pakai baju lain-lain hari, lain-lain baju.

Baca juga:   Wanita bawa anak saudara secara berbahaya ditahan

“Kita orang ni pakai baju yang sama setiap minggu satu bulan. Kita orang tak dan basuh, baju pun dua helai ja (sahaja),” katanya.

Baca juga:   Selepas Jamal Abdillah, Ummi Nazeera tarik diri dari MN

Video tular itu turut mengimbau perkongsian kenangan warganet yang sudah pun melalui fasa persekolahan.

Ujar warganet, mereka juga tidak mempunyai banyak seragam sekitar sehelai atau dua helai dan tetap mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

“Pengotor lah kau ni, basuh lah baju tu. Dulu saya pun balik sekolah terus basuh baju tu dan pakai esoknya,” kongsi warganet.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan