32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Malaysia kekal pendirian berkaitan senjata nuklear

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA sekali lagi mengulangi pendirian berkaitan kapal selam berkuasa nuklear yang beroperasi di perairan negara menerusi pakatan strategik ketenteraan tiga negara iaitu Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS).

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pendirian Malaysia mengenai perkongsian keselamatan tiga negara itu tidak berubah dan meminta semua pihak menghormati pendirian serta pendekatan negara ini.

“Ia termasuk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Deklarasi ASEAN mengenai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN).

“Malaysia menekankan kepentingan menggalakkan ketelusan dan membina keyakinan dalam kalangan semua negara serta mengelak sebarang provokasi yang berpotensi mencetuskan perlumbaan senjata nuklear atau menjejaskan keamanan dan keselamatan di wilayah ini,” kata Wisma Putra hari ini.

Kenyataan berkenaan adalah susulan pengumuman terbaharu AUKUS semalam oleh Presiden Joe Biden dan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak serta Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Wisma Putra memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia mengambil maklum mengenai kenyataan bersama oleh ketiga-tiga pemimpin itu.

Terdahulu, Australia mengumumkan menjadi negara pertama untuk membeli tiga kapal selam Virginia buatan Amerika pada awal 2030-an, dengan AS dan UK menempatkan beberapa kapal selam berkuasa nuklear di pangkalan RAN di Perth, Australia Barat mulai 2027.

Baca juga:   Usaha konsisten, tuntutan elaun pelajar Mara berhasil

Menurut laporan media antarabangsa, Biden menegaskan bahawa kapal itu tidak dilengkapi senjata nuklear dan tidak akan menjejaskan komitmen Australia untuk kekal sebagai negara bebas senjata nuklear.

Baca juga:   Tiger Woods cedera terlibat kemalangan di California

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan