26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Lelaki parah kereta hilang kawalan rempuh belakang lori

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki parah selepas kereta Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori tanah dalam nahas jalan raya di Jalan Templer, Gombak awal pagi tadi.

Mangsa, Yeong Wai Feng 22, mengalami kecederaan parah dengan patah kaki kiri dalam kejadian tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Morni Mamat berkata, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian kemalangan tersebut pada jam lebih kurang 12.54 pagi tadi.

Menurut, semasa kejadian, mangsa, sedang dalam perjalanan menghala ke Rawang sebelum kenderaannya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh di belakang lori di laluan yang sama.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa tersepit di bahagian pemandu sebelum anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Bomba mengambil masa sekitar 15 minit untuk kerja-kerja menyelamat sebelum berjaya mengeluarkan mangsa,”katanya.

Baca juga:   5 unit rumah panjang TTDI musnah terbakar

Ujar beliau, mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Selayang menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan