27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Malaysia rekod 25,391 kes tibi tahun lalu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 25,391 kes penyakit tibi direkodkan di negara ini tahun lalu berbanding 21,727 kes yang dicatat pada tahun 2021.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, namun begitu, kadar insiden yang dilaporkan di negara ini adalah lebih rendah berbanding sasaran WHO tersebut.

Katanya, negara merekodkan sebanyak 2,572 kematian (kadar kematian 7.9 setiap 100,000 penduduk), meningkat sebanyak 284 kematian (12 peratus) berbanding 2,288 kematian pada tahun 2021 (kadar kematian 6.9 setiap 100,000 penduduk).

“Usaha pengesanan kes melalui saringan awal penyakit tibi perlu ditingkatkan. Individu yang berisiko tinggi dijangkiti seperti kontak kepada kes tibi, pesakit HIV, penyakit buah pinggang kronik, penyakit pulmori kronik dan perokok aktif adalah dinasihatkan melakukan saringan penyakit tibi.

“Bagi mengurangkan komplikasi kematian, individu yang mempunyai tanda dan gejala penyakit tibi seperti batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah diminta menjalani pemeriksaan awal dan rawatan di klinik-klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran,” katanya hari ini.

Advertisements

Hari Tibi Sedunia disambut setiap tahun pada 24 Mac sempena memperingati sejarah penemuan bakteria mycobacterium tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882.

Tujuan sambutan itu adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha-usaha kawalan dan pencegahan yang dilakukan di seluruh negara.

Tema bagi Hari Tibi Sedunia pada tahun ini adalah Yes! We Can, End TB.

Dalam pada itu, Zaliha berkata, salah faham berkaitan penyakit tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan.

“Komitmen tinggi daripada anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari sema agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia menamatkan tibi menjelang 2035,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan