27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Laine, Endrick dan Josue perkuat Harimau Malaya

Mesti Baca

PEMAIN kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine serta dua pemain naturalisasi baharu, Endrick Dos Santos dan Paulo Josue bakal menyarung jersi Harimau Malaya apabila tersenarai dalam senarai 27 pemain yang dipanggil ke kem latihan kebangsaan.

Ketiga-tiga pemain itu disenaraikan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pang Gon bagi menghadapi dua aksi persabahatan tier 1 bertemu Turkmenistan dan Hong Kong pada 23 dan 28 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Laine ketika ini beraksi bersama SJK Seinajoki di Veikkausliiga, divisyen tertinggi liga Finland sementara Endrick pula beraksi cemerlang sejak menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) awal musim ini.

Josue pula merupakan kapten finalis Piala AFC 2022, Kuala Lumpur City FC telah meledak dua gol dalam tiga penampilan Liga Super musim ini.

Baca juga:   Mengejutkan… Adibah Noor meninggal dunia akibat kanser ovari

Untuk perlawanan persahabatan bulan ini, Pan Gon mengekalkan seramai sembilan daripada 23 pemain yang telah membawa skuad Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Januari lalu.

Antara muka baharu yang dipanggil selain Endrick dan Laine adalah penjaga gol Sabah FC, Damien Lim, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC), Fayadh Zulkifli Amin (Kedah), Daniel Ting (Sabah FC, Paulo Josue (KL City FC) dan Feroz Baharudin (JDT).

Berikut merupakan senarai 27 pemain yang dipanggil untuk sertai kem latihan skuad kebangsaan. – Edisi 9

Baca juga:   Jabatan agama berjaya halang pesta buih di hotel mewah

Wartawan

Terkini

BERSIH bidas lantikan politik Pengerusi GLC

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas dua perlantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti yang diumumkan Timbalan...

Lagi Artikel Berkaitan