28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Isteri Ahli Parlimen Tanah Merah meninggal dunia

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

Isteri kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz meninggal dunia pada malam Rabu.

Memetik laporan Malaysia Gazzete, Allahyarhamah Datin Seri Norihan Ayob, 51, menghembus nafas terakhir di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur pada jam 10.10.

Jumaat lalu, isteri kepada bekas timbalan Menteri Pertahanan itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital untuk pembedahan membuang ketumbuhan di kepala.

Bagaimanapun, keadaannya dikatakan agak kritikal selepas pembedahan itu selesai.

Jenazah Allahyarhamah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Melawati dan disembahyangkan di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak.

Advertisements

Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate. Hasil perkongsian hidup dengan Ikmal Hisham, beliau dikurniakan tiga anak perempuan.

Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah sangat aktif dengan aktiviti kebajikan melalui Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan banyak menumpukan kepada Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal di kawasan Parlimen Tanah Merah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Ikmal memenangi kerusi Parlimen Tanah Merah dengan majoriti undi 44,485.

Beliau turut menjawat jawatan Timbalan Menteri Pertahanan di bawah pentadbiran dua perdana menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan