Thursday, June 4, 2026

Ismail Sabri selamat jalani pembedahan mata

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan mata di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) hari ini.

Utusan Malaysia yang memetik sumber berkata, Ahli Parlimen Bera itu selamat menjalani pembedahan kecil di mata sebelah kanannya.

Ismail Sabri tiba di HUKM pada pukul 8.30 pagi tadi untuk menjalani pembedahan namun berada dalam keadaan sihat serta tidak mempunyai masalah kesihatan lain.

“Datuk Seri hadir di hospital kira-kira 8.30 pagi tadi tetapi ia pembedahan yang kecil sahaja. 

“Selain itu, beliau berada dalam keadaan sihat, tidak ada masalah kesihatan lain,” kata sumber tersebut.

Terdahulu, tular sekeping gambar di media sosial menunjukkan Ismail Sabri berada di HUKM, Cheras, hari ini dan dilaporkan akan menjalani pembedahan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan