24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bekalan air 55 kawasan di Klang, Shah Alam pulih esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKALAN air di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10 malam tadi, susulan kejadian paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang, kini beransur pulih.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga jam 9 pagi tadi, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 14.6 peratus.

Menurutnya, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Advertisements

“Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,”katanya.

Terdahulu Air Selangor memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di Wilayah Klang dan Shah Alam.

Susulan itu, Air Selangor menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan