26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024

Kit Siang cadang jemput tiga bekas PM bentang kegagalan Wawasan 2020

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

VETERAN DAP, Lim Kit Siang mengemukakan cadangan agar tiga bekas perdana menteri (PM) dijemput untuk membentangkan punca kegagalan Wawasan 2020 di Parlimen.

Tiga bekas PM yang dirujuk Kit Siang adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak setelah Dr. Mahathir mendakwa Pak Lah dan Najib menjadi penyebab kegagalan Wawasan 2020 dijayakan.

“Ketiga-tiga bekas Perdana Menteri ini patut dijemput untuk membentangkan kertas kepada Parlimen sebelum perbahasan mengenai mengapa Wawasan 2020 telah gagal.

“Ini membolehkan Ahli-ahli Parlimen boleh mendapatkan pandangan dari Perdana Menteri Malaysia yang keempat, kelima, keenam, dan ketujuh mengenai mengapa Wawasan 2020 ini telah gagal.

“Penting untuk negara kita mencari sebab mengapa Wawasan 2020 ini menjadi satu kegagalan dengan Malaysia kini lebih korup, tidak bersatu padu, dan terpolarisasi dengan isu perkauman dan keagamaan berbanding dengan semasa Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991,” katanya di hantaran blog.

Advertisements

Menurut Kit Siang, tindakan Dr. Mahathir menyalahkan Abdullah dan Najib atas kegagalan Wawasan 2020 menjadi sebab hujah beliau sidang Palimen perlu dilanjutkan dua hari lagi sehingga 5 dan 6 April bagi membahaskan kegagalan Wawasan 2020.

“Ketiga-tiga bekas Perdana Menteri ini patut dijemput untuk membentangkan kertas kepada Parlimen sebelum perbahasan mengenai mengapa Wawasan 2020 telah gagal,” jelas Kit Siang.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad menyalahkan Kit Siang menjadi salah satu sebab Wawasan 2020 yang dicetuskan menemui kegagalan.

Dakwa Dr. Mahahthir,  kegagalan disebabkan Kit Siang kerana pemimpin DAP itu tidak berusaha agar bangsa Malaysia bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Selain itu, Dr.Mahathir juga turut menunding jari terhadap Abdullah dan Najib sebagai punca Wawasan 2020 gagal kerana kedua-dua pemimpin itu tidak berusaha membangunkan negara ketika menjadi PM. – EDISI9

Advertisements

Terkini

JAS sahkan Sungai Tebrau dicemari bau busuk, berminyak

JABATAN Alam Sekitar (JAS) mengesahkan beberapa kawasan Sungai Tebrau, Johor dicemari dengan bau busuk dan permukaan sungai mempunyai lapisan...

Lagi Artikel Berkaitan