27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Bantuan Khas Aidilfitri penjawat awam, pesara dibayar 17 April

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) pada 17 April ini kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan pesara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed berkata, sebanyak RM700 akan dikreditkan ke dalam akaun Gred 56 dan ke bawah sementara pesara akan menerima sebanyak RM350.

“Sebagaimana semua sedia maklum, Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah BKKA 2023 sebanyak RM700.00 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.

Advertisements

“BKKA ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), veteran berpencen serta veteran tidak berpencen) dengan bayaran sebanyak RM350.00,” katanya menerusi surat edaran hari ini.

Dalam pada itu. Zulkapli memaklumkan, pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan ole Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan pemberian BKKA tahun ini.

“Pegawai hanya layak dibayar BKKA setelah dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT yang berkenaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan