24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KPM lulus 20,003 permohonan guru duka lara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 20,003 permohonan guru kategori pasangan berjauhan diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam tempoh tujuh tahun antara 2016 hingga 2022.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, jumlah itu lebih separuh daripada alasan permohonan pertukaran atau bersamaan dengan 52.7 peratus daripada 37,941 permohonan yang diluluskan.

Katanya, prinsip asas pertukaran guru adalah berdasarkan kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di sesebuah negeri atau daerah yang dimohon.

KPM sentiasa memberi keutamaan kepada permohonan yang melibatkan kategori pasangan berjauhan. Bagi setiap sesi pertukaran, kategori pasangan berjauhan merupakan peratus kelulusan tertinggi berbanding lain-lain kategori.

“Statistik permohonan pertukaran guru bagi kategori pasangan berjauhan yang telah diluluskan dari 2016 hingga 2022 adalah seramai 20,003 iaitu bersamaan dengan 52.7 peratus daripada 37,941 jumlah kelulusan keseluruhan pertukaran guru,” katanya hari ini.

Advertisements

Beliau menjawab pertanyaan Senator N. Balasubramaniam berhubung langkah KPM dalam memastikan isu guru duka lara dapat dicapai secara menang-menang dan dikurangkan tempoh pertukaran daripada tiga tahun kepada enam bulan atau satu tahun bagi tempoh pertukaran.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, bagi mengatasi isu permohonan pertukaran guru, KPM telah membuat penambahbaikan ke atas Modul Pertukaran Guru (eGTukar) dan kaedah memproses pertukaran guru.

“KPM yakin dengan penambahbaikan kaedah dan sistem pertukaran guru sedia ada ini, proses pertukaran guru dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, guru yang berkhidmat kurang tahun-tahun di negeri semasa layak membuat permohonan pertukaran.

“Sekiranya mereka berada dalam kategori kesihatan (menghidap penyakit yang memerlukan rawatan perubatan berterusan dan bergantung kepada ubat-ubatan), kategori keselamatan (menerima ancaman keselamatan) dan kategori pasangan berjauhan (tinggal berjauhan atas Arahan Pertukaran pasangan) dengan melampirkan dokumen sokongan berkaitan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan