30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru dirindui

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru pasti menjadi tumpuan terutama bagi warga kota.

Masakan tidak, bubur lambuk ini hanya boleh dinikmati apabila tiba bulan puasa Ramadan dan tidak ditemui pada hari lain.

Keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru adalah ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan sejak berpuluh tahun dahulu.

Petugas sedang memasak bubur lambuk sebanyak 15 buah periuk di masjid jamek Kampung Baru. Foto: MOHD NAIM AZIZ / EDISI 9

Ketua Tukang Masak Bubur Lambuk, Adham Abdul Manan berkata, sebanyak 15 buah periuk digunakan untuk menghasilkan bubur lambuk pada hari pertama Ramadan tahun ini.

“Bubur lambuk ini menggunakan tujuh jenis rempah iaitu jintan manis, halba, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan serbuk lada hitam.

Advertisements

“Selain itu ramuan lain yang kami gunakan ialah 7 kilogram daging tetel dan 6 kilogram santan untuk sebuah periuk selain udang kering yang perlu ditambah ke dalam menu masakan,” katanya ketika ditemui Edisi 9 hari ini.

BUBUR lambuk yang telah siap dibungkus sebelum diedarkan. Foto: MOHD NAIM AZIZ / EDISI 9

Beliau berkata, setiap satu periuk dapat menghasilkan 200 hingga 250 bungkus bubur yang dimasukan ke dalam plastik untuk diedarkan kepada orang ramai selepas solat asar.

Kira- kira 25 petugas yang dibahagikan mengikut skop kerja masing- masing dari penyediaan bahan masakan sehinggalah ke pembungkusan.

Sebanyak 3,000 ke 4,000 bungkus sehari dapat diedarkan untuk pengunjung yang datang ke Masjid Jamek Kampung Baru ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan