28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mekanisma baharu percepat pengeluaran sijil halal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Majlis Halal Malaysia hari ini sepakat bersetuju bahawa satu mekanisma atau proses baharu perlu dilaksanakan bagi mencepatkan proses pengeluaran sijil halal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini memandangkan pengeluaran sijil halal mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk diluluskan berikutan beberapa kekangan termasuk karenah birokrasi.

“Pengeluaran sijil-sijil halal itu hendaklah dilakukan dengan mempercepatkan prosesnya, tetapi mematuhi syarat-syarat yang ditentukan. Kita harus keluar daripada kepompong pemikiran dan pendekatan silo dalam perkara ini.

“Ini kerana terdapat lebih 200,000 syarikat halal, tetapi untuk memperoleh sijil halal ini ada kekangan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) di Bangunan Parlimen hari ini.

Justeru, beliau berkata, antara langkah dilakukan bagi menambah baik prosedur itu adalah pelancaran Pelan Induk hari ini yang antara lain melakar hala tuju industri halal yang mempunyai potensi pasaran domestik dan luar negara. 

Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia berkata, pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal 2030 itu dilihat memang tepat pada masanya, semasa negara berusaha untuk memanfaatkan secara strategik permintaan global yang semakin meningkat bagi produk dan perkhidmatan halal.

Beliau berkata, Pelan Induk itu juga akan mengukuhkan lagi peranan kepimpinan Malaysia dalam industri halal, dengan memanfaatkan kelebihan negara yang memiliki ekosistem industri halal diiktiraf dunia, di samping memiliki kepakaran yang diperlukan.

Beliau seterusnya mencadangkan agar penganjuran Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang melibatkan pengeluar produk dan pemain industri pada 15 September ini, turut melaksanakan program padanan perniagaan.

“Padanan perniagaan dengan rakan-rakan, perkongsian pintar di luar negara (perlu dilaksanakan) agar produk-produk halal ini dapat dieksport ke pasaran yang berpotensi besar melalui business partners atau pun rakan-rakan perkongsian dalam sektor perniagaan halal ini di luar negara,” katanya.- BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan