25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

SRP berakhir 31 Mac, SJKP sedia jaminan pembiayaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROGRAM membantu golongan muda memiliki rumah pertama, Skim Rumah Pertamaku (SRP) sah tidak akan disambung selepas 31 Mac ini.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, sepanjang tempoh pelaksanaannya, sebanyak RM19.9 billion nilai pembiayaan telah memberi manfaat kepada 86,708 peminjam.

Namun begitu katanya, tarikh tutup permohonan SRP telah ditetapkan pada 31 Mac 2023.

“Walaupun SRP tidak diteruskan pada 2023, Kerajaan melalui Belanjawan Madani 2023 telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

“Kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bersetuju menyediakan jaminan pembiayaan melalui SJKP sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam yang memerlukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Edisi 9 semalam melaporkan bahawa SRP yang banyak membawa manfaat kepada rakyat khususnya golongan muda tidak akan disambung selepas 31 Mac ini.

Mengulas lanjut, KPKT berkata, SJKP menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig.

“Sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 16,808 peminjam telah menerima manfaat dengan nilai pinjaman RM2.32 bilion daripada pelaksanaan SJKP ini.

“Justeru, pemohon yang tergolong dalam kumpulan sasaran yang terlibat di bawah SRP, masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui SJKP ataupun institusi kewangan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan