25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

UMNO mesti berjuang bersama rakyat jika mahu kekal relevan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO mesti berjuang bersama-sama rakyat sekiranya parti itu mahu kekal relevan, kata Ahli Majlis Kerja Tertingginya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau menegaskan UMNO tidak boleh hanya disokong dan popular dalam kalangan ahli-ahlinya sahaja kerana penentu masa depan parti itu adalah rakyat,

“Justeru bersamalah rakyat. Berjuang dan belanya kepentingan rakyat. Maknanya, UMNO mesti utamakan rakyat bila berjuang.

“Percayalah. Jika UMNO bersama rakyat, pasti rakyat akan bersama UMNO,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

UMNO dilihat semakin hilang sokongan daripada rakyat apabila hanya memenangi 29 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Parti itu kini bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan dan mentadbir negara.

Di Perak dan Kedah, UMNO bergabung bersama DAP, musuh politik sejak awal penubuhannya untuk membentuk kerajaan negeri.

UMNO kini sedang mengadakan pemilihan parti dengan bermula di peringkat cawangan sehingga 26 Februari ini sebelum pemilihan peringkat bahagian pada 18 Mac dan seterusnya peringkat Pusat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan