27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Penuntut kolej maut dalam nahas empat kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penuntut kolej maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer (KM) P8.7 Lingkaran Putrajaya menghala ke Cyberjaya dan Putrajaya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.16 petang itu, Nurhaikal Hakimi Norsaimi, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kenderaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada pukul 6.41 petang.

“Kemalangan dipercayai berlaku akibat daripada kereta jenis Volkswagen Polo yang dipandu Muhammad Hakan Hakimy Muhammad Zaki, 21, telah hilang kawalan sebelum terbabas memasuki ke arah bertentangan.

“Ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke institut pengajian tinggi. Kenderaan dinaiki mereka itu kemudian telah melanggar tiga buah kenderaan lain jenis Proton Exora, Perodua Axia, dan Toyota Vios.

“Akibat pelanggaran tersebut, penumpang belakang Volkswagen, Nurhaikal Hakimi Norsaimi, 19, telah tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Wan Kamarul Azran, seorang lagi mangsa yang juga adik kepada pemandu mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang ketiga-tiga buah kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan. 

-EDISI9

Terkini

Stadium Shah Alam diroboh selewatnya November – Amirudin

STADIUM ikonik di Selangor, Stadium Shah Alam dijadual akan dirobohkan pada akhir tahun ini, selewat-lewatnya awal November depan. Menteri Besar...

Lagi Artikel Berkaitan