25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hanya 500 parkir, Anthony Loke lancar bas percuma ke Parlimen

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini melancarkan perkhidmatan bas pengantara percuma antara stesen Kuala Lumpur Sentral ke Parlimen yang beroperasi sepanjang persidangan Dewan Rakyat. 

Beliau berkata,  setiap hari purata 2,000 kenderaan memasuki parlimen dalam sesi persidangan, namun kurang 500 parkir disediakan di lokasi tersebut.

Bahkan menurut beliau, terdapat keluhan bahawa mereka perlu beratur sehingga satu jam di dalam kereta.

“Saya faham kesesakan ini akan menjejaskan kualiti kehidupan terutamanya warga-warga parlimen atau pihak media yang perlu bertugas sehingga malam. Keesokan hari pula perlu datang awal ke parlimen untuk mencari parkir semata-mata.

“Jadi Kementerian Pengangkutan bersama Rapid KL menyediakan kemudahan bas untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan memperkenalkan “last mile connection” dari KL Sentral ke Parlimen,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau juga yakin, bas berkenaan akan memberi keselesaan kepada semua pihak selain daripada mengurangkan pelepasan karbon.

“Ahli-ahli parlimen, pegawai, rakan-rakan media dan orang awam yang ada urusan parlimen dijemput untuk memanfaatkan perkhidmatan ini,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, Siew Fook dilaporkan berkata, perkhidmatan bas pengantara itu lebih bertujuan memberi mesej kepada awam bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. 

“Saya tahu ada komen-komen mengatakan ahli Parlimen sudah ada elaun mahu beri percuma lagi. Tetapi, ia lebih kepada memberi signal dan mesej kepada semua pihak untuk kita galakkan penggunaan pengangkutan awam. 

“Apabila ramai guna pengangkutan awam, apabila ahli Parlimen sendiri menggunakannya, maka lebih ramai yang akan bercakap mengenai pengangkutan awam, menyatakan pandangan, kritikan, perbahasan dan pengalaman di Dewan Rakyat supaya pengangkutan awam negara bertambah baik,” katanya.

Bas pengantara itu yang bermula hari ini hingga 6 April 2023 akan berhenti di tiga stesen bermula dari KL Sentral, Taman Botani dan Parlimen sebagai destinasi terakhir.

Ia beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Jadual perkhidmatan bas boleh didapati di https://bit.ly/JadualBasT851Parlimen

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan