26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Pemukiman Ahli Dewan Rakyat PN selama 2 hari bermula hari ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) kini sedang mengadakan Pemukiman Ahli-ahli Dewan Rakyat PN selama dua hari, bermula hari ini.

Ketua Pembangkang merangkap Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, usaha itu bertepatan dengan komitmen PN untuk menjadi pembangkang yang kredibel, matang, efektif dan berintegriti tinggi bagi menjuarai suara hati rakyat.

Sekaligus menurut beliau, PN juga boleh bertindak sebagai satu pasukan ampuh dalam melaksanakan tugas check and balance (semak dan imbang) kepada kerajaan.

“Selamat bertugas kepada semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional,” katanya dalam Facebook hari ini.

Untuk rekod, selain Bersatu, PN juga dianggotai PAS, GERAKAN, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) pada 19 November tahun lalu.

Bagaimanapun pada 5 Disember tahun lalu, Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan mengesahkan partinya bukan lagi komponen PN kerana sudah tidak lagi sehaluan selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengisytiharkan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca juga:   PRN Sarawak: Enam kompaun berjumlah RM31,000 langgar SOP

Terdahulu, Hamzah dilaporkan berkata PN tidak akan membuat sebarang percubaan untuk membentuk kerajaan “pintu belakang” sebaliknya akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan.

Menurutnya, ahli Parlimennya akan memastikan adanya semak dan imbang sewajarnya terhadap kerajaan perpaduan baharu yang dipimpin oleh Anwar.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan