28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mesyuarat cawangan medan kembalikan semangat juang UMNO

Mesyuarat peringkat akar umbi itu juga perlu dijadikan wadah untuk memperkukuhkan solidariti sesama ahli parti.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI-AHLI UMNO diminta menjadikan mesyuarat Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negara bermula semalam sebagai medan untuk mengembalikan semangat juang parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semangat itu penting bagi memperkukuhkan semula UMNO yang terkesan hebat ekoran kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Bekas Perdan Menteri itu berkata, mesyuarat peringkat akar umbi itu juga perlu dijadikan wadah untuk memperkukuhkan solidariti sesama ahli.

“Jadikan mesyuarat cawangan kali ini medan untuk mengembalikan semangat juang memperkukuhkan parti yang terkesan hebat akibat kekalahan parti dalam Parlimen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Juga untuk memperkukuhkan solidariti sesama kita,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan diadakan selama 26 hari iaitu pada 1 Februari hingga 26 Februari 2023.

Manakala Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat pula diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.

Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan parti pada 2018 dan sepatutnya pemilihan semula pada Mac 2021 namun parti itu beberapa kali memohon penangguhan dan terbaharu selewat-lewatnya enam bulan selepas pilihan raya umum.

Dalam pemilihan kali ini, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan selepas parti itu membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung Tahunan 2022 baru lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan